2025-11-05 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,3 November - Pengekalan sistem Bina Kemudian Jual (BKJ) dan Jual Kemudian Bina (JKB) dalam industri perumahan buat masa ini menandakan kesediaan kerajaan untuk memberi tumpuan kepada keperluan rakyat serta mengambil kira pandangan semua pihak berkepentingan.
Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Datuk Ir Ho Hon Sang berkata pertimbangan itu penting bagi memastikan sektor hartanah terus kukuh dan sihat.
“Secara keseluruhan,sistem JKB telah menjadikan perumahan lebih mampu milik kepada rakyat sejak ia mula dikawal selia beberapa dekad lalu,serta membolehkan pemaju terus membina bagi memenuhi agenda perumahan negara.
''Mewajibkan sistem BKJ sepenuhnya akan menjejaskan keupayaan tersebut dan seterusnya memberi impak kepada penyediaan rumah mampu milik,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau,pembeli masih mempunyai pilihan untuk membeli rumah menerusi sistem BKJ dalam pasaran sekunder.
Setiap tahun,kira-kira 80 peratus hingga 85 peratus daripada transaksi perumahan dijalankan berdasarkan sistem tersebut.
''Sistem BKJ merupakan pilihan yang telah tersedia kepada pemaju seperti digariskan mengikut Akta Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) 1966 (Akta 118) dan kami menggalakkan pemaju yang memiliki keupayaan untuk mempertimbangkannya.
''REHDA turut menantikan pelan reformasi perumahan yang bakal diumumkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan berharap ia bakal membawa perubahan positif kepada industri,'' ujarnya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur