2025-11-05 HaiPress

Foto Bernama
KUALA LUMPUR,3 November - Penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN 2025 disifatkan sebagai salah satu kejayaan terbesar Malaysia sepanjang memegang kepengerusian blok serantau,bukan sahaja mengangkat suara kolektif ASEAN tetapi juga membuka laluan kepada dasar ekonomi baharu dan pelaburan strategik rentas negara.
Pensyarah Kanan Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM),Dr. Ain Syazmeen Ahmad Zaki berkata,kepimpinan Malaysia di bawah tema “Inclusivity and Sustainability” menonjolkan peranan aktif negara sebagai pemacu dasar serantau yang progresif dan berdaya saing.
"Malaysia berjaya membentuk dua dasar besar iaitu ASEAN Digital Connectivity Roadmap 2030 dan Circular Economy Framework,yang menandakan peralihan ASEAN ke arah ekonomi digital dan hijau," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Biz Malaysia,di sini,hari ini.
Tambahnya,kejayaan diplomasi Malaysia turut terserlah menerusi kemasukan Timor-Leste sebagai anggota baharu ASEAN,membuktikan keupayaan negara mengemudi hala tuju dasar yang lebih inklusif dan berimpak serantau,serta meletakkan ASEAN sebagai blok ekonomi yang bersatu dan relevan di tengah ketidaktentuan global.
Dr. Ain Syazmeen menjelaskan bahawa Sidang Kemuncak ASEAN 2025 turut mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pelaburan dan diplomasi ekonomi utama di rantau Asia Tenggara.
Ia berjaya menarik lebih RM50 bilion potensi pelaburan baharu,terutamanya dalam sektor digital,tenaga boleh baharu dan rantaian bekalan serantau.
"Menurut laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA),Ogos 2025,pelaburan yang diluluskan bagi suku pertama 2025 mencecah RM190.3 bilion,meningkat 18.peratus berbanding tahun sebelumnya,sekali gus mewujudkan kira-kira 89,000 peluang pekerjaan baharu," jelasnya.
Beliau turut menegaskan bahawa kepengerusian ASEAN bukan sekadar peranan setahun,sebaliknya peluang untuk memacu transformasi struktur ekonomi negara secara berpanjangan melalui kerjasama industri–universiti serta pembangunan bakat tempatan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur