2025-11-05 HaiPress

Gambar Fail / RTM
KUALA LUMPUR,5 November - Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dalam sistem konvensional dianggarkan RM28.54 bilion manakala dana Islam berjumlah RM24.79 bilion.
Bank pusat itu akan menawarkan tender repo berbalik bernilai RM3.2 bilion bagi tempoh tujuh hari manakala tener repo berbalik Islam (SBBA) sebanyak RM200 juta selama 92 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada 4 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional bernilai RM31.7 bilion dan tender semalaman Murabahah berjumlah RM25.0 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur