2025-11-05 HaiPress

Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Mohamed Eskandar Shah Mohd Rasid/RTM
KUALA LUMPUR,4 November -Usaha mempelbagaikan pasaran perlu menjadi keutamaan negara dalam memperkukuh daya saing ekonomi serta meningkatkan kedudukan rundingan negara di pentas global.
Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Mohamed Eskandar Shah Mohd Rasid berkata,langkah itu penting bagi mengurangkan kebergantungan terhadap sektor tertentu,meskipun Malaysia menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS).
"Dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,kita perlu mengambil peluang untuk mempelbagaikan ekonomi. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada kadar tarif sedia ada untuk mengekalkan kestabilan ekonomi,sebaliknya perlu lebih agresif supaya pada masa hadapan,Malaysia mempunyai kuasa rundingan yang lebih kukuh," katanya kepada pemberita RTM.
Jelas beliau,perjanjian ART itu memainkan peranan penting dalam memastikan pasaran negara tidak terjejas.
Ini terutamanya melibatkan sektor utama pertumbuhan negara termasuk semikonduktor dan barangan elektronik yang merupakan sebahagian besar eksport Malaysia ke Amerika Syarikat.
"Sekiranya kadar tarif yang lebih baik tidak diperoleh,ia boleh menyebabkan pengurangan permintaan,sekali gus menjejaskan operasi kilang serta aktiviti perdagangan," katanya lagi.
Pasa 26 Oktober lalu,Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) menandatangani Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART),bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur