2025-11-05 HaiPress

Foto RTM
KLANG,4 November - Kerajaan Selangor bercadang melanjutkan kempen Tahun Melawat Selangor 2025 (TMS 2025) hingga tahun depan,selaras Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).
Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata pengumuman mengenai perkara itu akan diumumkan Menteri Besar Selangor Datuk Amirudin Shari dalam masa terdekat.
"Langkah ini membolehkan usaha mempromosi lokasi-lokasi menarik khususnya di Selangor dipergiat dan dipelbagaikan,sekali gus meningkatkan jumlah pelancong," jelasnya ketika berucap pada Majlis Graduasi Hos Komuniti Setempat Selangor (HKSS) Daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam Tahun 2025,di sini hari ini.
Menurutnya,pelantikan HKSS yang bertindak sebagai duta kecil dalam memperkasa pelancongan berasaskan komuniti itu selaras visi menjadikan sektor tersebut sebagai pemacu ekonomi agropelancongan terutama di luar bandar.
Para graduan baharu dijangka meningkatkan bilangan pelancong ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam antara 5,000 hingga 10,000 pengunjung setahun.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur