2025-11-05 HaiPress

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz/BERNAMA
KUALA LUMPUR,4 November -Malaysia masih mempunyai ruang bagi mendapatkan perolehan daripada pembekal lain bagi sektor strategik seperti tenaga nuklear bawah Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS)
Menteri Pelaburan,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,Artikel 5.3 dalam perjanjian itu menetapkan bahawa Malaysia tidak akan membeli sebarang reaktor nuklear,rod bahan api atau uranium diperkaya dari negara-negara tertentu,kecuali jika tiada pembekal lain yang menawarkan terma dan syarat setanding.
''Sekiranya ada negara yang boleh membekalkan teknologi tenaga nuklear dengan terma dan harga yang lebih kompetitif,maka Malaysia bebas untuk membuat perolehan teknologi nuklear dari negara tersebut.
''Kalau A dan B jual pada harga yang sama,keutamaan mungkin diberikan kepada negara A,tetapi kalau B jual pada harga yang jauh lebih murah daripada A,maka pengecualian ini terpakai kerana syarat dari A tidak setanding dengan B," katanya dalam hantaran video di media sosial rasminya.
Beliau turut menyangkal telahan bahawa Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) tidak membuat semakan dengan kementerian lain.
Jelasnya,pasukan perunding Malaysia terdiri daripada mereka yang berpengalaman luas dalam sektor perdagangan antarabangsa.
''Sepanjang proses rundingan,semua kementerian dan agensi berkaitan dirujuk untuk memastikan pelbagai aspek penting diambil kira.
''Jabatan Peguam Negara turut terlibat dalam penyediaan dan semakan perjanjian,malah terlibat sejak awal rundingan dimulakan,'' katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa perjanjian penuh ART turut dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri.
''Perkara ini telah dibentangkan beberapa kali dalam mesyuarat jemaah menteri dan versi penuh perjanjian akhir selepas semakan perundangan oleh jabatan peguam negara dibentang dan diluluskan kabinet untuk ditandatangani,'' tambahnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur