2025-11-06 HaiPress

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merasmikan CIDBH Information Centre (Shanghai)/ Foto FB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
SHANGHAI,5 November - Ketiga-tiga program antarabangsa dalam pelbagai sektor melibatkan Malaysia-China di Shanghai pada hari kedua lawatan kerja diyakini dapat memberikan manfaat kepada negara dan rakyat.
Perkara itu disuarakan Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media,hari ini.
Terdahulu pada sebelah pagi,beliau menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi China International Import Expo (CIIE) 2025 kelapan yang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC).
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kemudiannya menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara Majlis Amanah Rakyat (MARA) dengan Shanghai Jiao Tong University (SJTU).
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah seterusnya merasmikan Pusat Informasi CIDBH.
"Ketiga-tiga program pada hari ini adalah pencetus perubahan dan pada khidmat saya,sangat memihak kepada Malaysia dan kita mengharapkan keberuntungan akan diperoleh pihak Malaysia terutama di dalam pemindahan ilmu dan teknologi,terutama universiti yang menjalin hubungan dengan pihak MARA",katanya
Ketika menyentuh berkaitan sektor pendidikan,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid berkata beliau yakin MARA mempunyai pendekatan untuk menghantar pelajar-pelajar dalam bidang yang tidak terdapat di Malaysia ke universiti yang cemerlang di luar negara,termasuk di China.
Sementara itu,Pengerusi MARA,Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki,berkata kerjasama antara MARA dengan SJTU merupakan pencapaian penting dalam usaha MARA meluaskan jaringan pendidikan ke peringkat global.
Ini termasuk membuka lebih banyak peluang pembelajaran bertaraf dunia kepada pelajar Bumiputera.
Menurutnya,SJTU merupakan antara universiti terkemuka dunia yang terkenal dengan kecemerlangan akademik,Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) berimpak tinggi dan inovasi penyelidikan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur