2025-11-06 HaiPress

Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar mengadakan sidang media pada Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-13 di Pangkalan Udara Tentera Diraja Udara Malaysia (TUDM) Subang/BERNAMA
SUBANG,5 November - Seramai 150 anggota kumpulan pertama Kontinjen MALBATT 850-13 berlepas ke Lubnan pada Rabu bagi meneruskan penugasan di bawah misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNIFIL).
Panglima Angkatan Tentera,Jeneral Tan Sri Mohd Nizam Jaffar menyempurnakan majlis penghantaran di Pangkalan Udara Subang,termasuk pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) kepada anggota terlibat.
"MALBATT 850-13 merupakan sebahagian daripada sejarah tercipta di bawah Brunei dan ATM,yang terlibat sejak 2007 sehingga kini. Ia satu penugasan yang bersejarah selain daripada membawa balik sebahagian kelengkapan yang ada,kita juga akan terus melatih tentera Lubnan semasa tempoh di sana. Beberapa peralatan juga akan ditinggalkan untuk mereka gunakan di sana," kata beliau pada sidang media di Pangkalan Udara Subang.
Secara keseluruhan,MALBATT 850-13 melibatkan 532 anggota,terdiri daripada 68 pegawai dan 442 anggota lain-lain pangkat (LLP),termasuk 3 pegawai dan 18 anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB),serta seorang pegawai kewangan awam dari Kementerian Pertahanan.
Dalam pada itu,Tan Sri Mohd Nizam berkata Malaysia kekal positif dan komited terhadap usaha menghantar pasukan pengaman ke Gaza sekiranya diperlukan.
Ujarnya,beberapa pilihan struktur penugasan telah dikemukakan termasuk pasukan mekanis sepenuhnya atau gabungan logistik dan perubatan,bergantung kepada mandat yang bakal diterima menjelang hujung tahun ini.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur