2025-11-06 HaiPress

Menteri Digital Gobind Singh Deo berucap pada pelancaran Pusat Data Cyberjaya DC2 di ibu negara/RTM
CYBERJAYA,5 November - Pembangunan pusat data oleh syarikat tempatan disifatkan sebagai langkah penting ke arah memperkukuh agenda kedaulatan digital negara,selaras dengan matlamat Malaysia menjadi hab digital serantau menjelang 2030.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata pelancaran Pusat Data Cyberjaya DC2 membuktikan kemampuan bakat tempatan dalam membangunkan infrastruktur digital bertaraf dunia tanpa bergantung sepenuhnya kepada pemain antarabangsa.
“Ini merupakan satu contoh bakat di Malaysia yang boleh mendirikan pusat data dan aspek kedaulatan digital yang perlu diberi penekanan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan pelancaran Pusat Data Cyberjaya DC2,yang dibangunkan oleh Basis Bay,salah satu penyedia utama infrastruktur teknologi hijau dan lestari tempatan di sini.
Gobind berkata,kerajaan yakin terhadap keupayaan syarikat tempatan dan mahu melihat lebih banyak syarikat Malaysia menubuhkan serta mengendalikan pusat data dalam negara.
“Bergerak ke depan,kita perlu memberikan tumpuan kepada bagaimana kita boleh memberi dukungan supaya syarikat-syarikat tempatan juga dapat berjaya dalam bidang pembinaan pusat data di Malaysia.” tambah beliau.
Pasukan Petugas Pusat Data (Data Centre Task Force) yang dipengerusikan bersama Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz,akan menumpukan kepada hala tuju dasar serta langkah fasilitasi bagi memastikan pertumbuhan industri pusat data di Malaysia terus mampan.
Pusat data bertaraf global itu dibina berasaskan empat teras utama iaitu Kedaulatan Data,Ketersediaan Siber,Keselamatan dan Kelestarian Hijau,yang dibangunkan Basis Bay dan ST Telemedia Global Data Centres (STT GDC).
Pelaksanaan projek ini dijangka menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital negara dan membuka peluang pekerjaan bernilai tinggi dalam bidang teknologi maklumat serta pengurusan data.
Usaha membangunkan ekosistem pusat data tempatan ini bukan sahaja mempercepat transformasi digital negara,tetapi juga mengukuhkan asas kedaulatan digital dan kemampanan nasional.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur