2025-11-06 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar pada Mesyuarat Ketiga,Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen/BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 November - Malaysia boleh menarik balik pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada dua badan pensijilan halal di Amerika Syarikat (AS) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap mana-mana standard dan protokol halal negara ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata kedua-dua badan itu diberikan pengiktirafan berdasarkan pematuhan mereka terhadap standard dan protokol halal Malaysia sedia ada.
"Jadi apabila audit yang dijalankan oleh JAKIM kepada dua badan pensijilan ini,kalau berlaku sebarang pelanggaran JAKIM boleh tarik balik pengiktirafan kepada badan tersebut,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Tegasnya,JAKIM tidak akan berkompromi terhadap pematuhan standard halal produk dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dengan AS.
Perkara 2.5 ART menyatakan mana-mana badan persijilan halal luar negara termasuk dari AS tetap tertakluk sepenuhnya kepada prosedur syariah dan standard halal Malaysia.
Mengenai Pasukan Pemantau Mesra atau Muslim Friendly Watch (MFW),beliau berkata MFW telah diarahkan menghentikan serta-merta penggunaan pengiktirafan logo label atau sebarang bentuk kenyataan berkaitan ‘Muslim Choice’ yang boleh mengelirukan masyarakat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur