2025-11-06 HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa pada Mesyuarat Ketiga,Penggal Keempat Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen/BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 November - Sejumlah 9,678 komuniti telah menerima manfaat Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) menerusi 10,337 projek dilaksanakan di seluruh negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata antara pencapaian ketara program itu ialah peningkatan pendapatan komuniti sehingga RM15,000 sebulan,selain mewujudkan peluang pekerjaan tempatan baharu serta menggalakkan aktiviti keusahawanan dan agro makanan.
Datuk Seri Dr Zaliha berkata peruntukan program di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu disalurkan terus ke akaun komuniti yang memohon.
Jelasnya,segala keperluan,pengeluaran dan perbelanjaan di bawah kawalan komuniti sendiri.
“Bagi memastikan ketelusan,ICU menubuhkan jawatankuasa pemantau yang dianggotai pelbagai jabatan dan agensi bagi menyemak dokumen serta rekod kewangan secara berkala,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
Dalam perkembangan lain,Datuk Seri Dr Zaliha menegaskan bahawa projek Kota MADANI di Putrajaya bukan satu pembaziran seperti didakwa sesetengah pihak.
Beliau berkata projek yang dibiayai pihak swasta melalui kaedah bina,pajak,selenggara dan pindah (BLMT) itu dibangunkan sebagai perbandaran beridentiti.
Unit kediaman yang dibina bakal menempatkan lebih 30,000 penjawat awam serta dilengkapi infrastruktur pintar,kemudahan asas dan persekitaran mampan.
“Pembangunan Kota MADANI ini juga dilaksanakan melalui kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) dengan kos pembinaan ditanggung oleh pihak swasta,jadi kerajaan tidak mengeluarkan peruntukan RM4 bilion daripada awal,” kata beliau.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur