2025-11-06 HaiPress

Prof. Dr Harshita (duduk lima dari kanan) bergambar bersama penganjur dan peserta ASHELF 2025 di PICC,Putrajaya
PUTRAJAYA,5 November - Forum Kepimpinan Pendidikan Tinggi ASEAN (ASHELF) 2025 menegaskan komitmen bersama negara anggota ASEAN untuk memperkukuh sistem pendidikan tinggi serantau yang lebih inklusif,berdaya tahan dan mampan selaras dengan aspirasi 'ASEAN Vision 2045'.
Pengarah Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT),Prof. Dr Harshita Aini Haroon berkata,peserta forum yang membabitkan pemimpin universiti,politeknik,institusi penyelidikan dan agensi pendidikan tinggi dari seluruh rantau ASEAN sepakat memperkukuh peranan pendidikan sebagai pemangkin pembangunan sosioekonomi,inovasi dan kemanusiaan sejagat.
Beliau berkata ASHELF 2025 yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKEPT) itu menjadi wadah penting dalam memperkukuh kepimpinan secara kolektif serta membentuk ekosistem pendidikan tinggi ASEAN yang berpaksikan nilai,inovasi dan kemampanan.
Forum bersempena Festival Idea Putrajaya (Putrajaya FOI) 2025 itu menampilkan enam kluster transformasi utama yang menjadi tunjang kepada kolaborasi dan inovasi pendidikan tinggi ASEAN bagi dekad akan datang.
Kluster tersebut meliputi aspek Pengajaran dan Pembelajaran,Penyelidikan dan Inovasi,Akademia Muda,Kesihatan Planetari,Kecerdasan Buatan (AI) serta Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Menurut Prof Dr Harshita,pelaksanaan enam kluster transformasi ini akan memperkukuh agenda 'Common Space in Southeast Asian Higher Education' yang menjadi pemangkin kepada mobiliti akademik,penyelidikan bersama dan pembentukan kepimpinan berasaskan nilai di seluruh rantau ASEAN.
“ASHELF 2025 menggariskan pendekatan berasaskan nilai dan kepimpinan bersama bagi memastikan pendidikan tinggi ASEAN terus relevan,beretika dan berimpak kepada masyarakat serta alam sekitar.
"Ia juga menegaskan peranan institusi pendidikan sebagai pemangkin inovasi dan perpaduan serantau,” katanya dalam ucapan penutup forum itu.
Beliau turut berbangga dengan peranan strategik Malaysia sebagai tuan rumah ASHELF 2025,selain menghargai komitmen UPSI dan universiti-universiti rakan kluster atas kepimpinan dan sumbangan terhadap pembangunan Pelan Tindakan Pendidikan Tinggi ASEAN 2025.
Sementara itu,Naib Canselor UPSI,Prof. Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata,penglibatan UPSI sebagai rakan utama AKEPT dalam penganjuran ASHELF 2025 membuktikan keupayaan universiti pendidikan utama negara itu untuk memainkan peranan strategik dalam memimpin agenda pendidikan tinggi serantau.
Beliau berkata,ASHELF 2025 menjadi medan penting untuk perkongsian ilmu,amalan terbaik dan inovasi dalam pendidikan tinggi yang mampu membawa perubahan positif kepada dasar serta sistem pendidikan di ASEAN.
“UPSI sentiasa komited untuk memperkukuh jaringan kerjasama serantau,sejajar dengan hasrat universiti untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bukan sahaja melahirkan pendidik berkaliber,tetapi juga pemimpin yang berwawasan dan beretika,” katanya.
Program itu turut menyaksikan sesi pembentangan bertajuk 'Reflections and a Way Forward' yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO Secretariat),Datuk Dr Habibah Abdul Rahim.
Dalam sesi itu,beliau berkongsi pandangan mengenai hala tuju masa depan pendidikan tinggi serantau yang perlu digerakkan melalui pendekatan kolaboratif,dasar berasaskan bukti dan integrasi nilai kemanusiaan dalam pembangunan dasar pendidikan ASEAN.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur