2025-11-06 HaiPress

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee/ BERNAMA
PUTRAJAYA,5 November - Para penyelidik hal ehwal Islam perlu lebih agresif mengkaji dan menghasilkan sesuatu yang baharu untuk dijadikan panduan kepada umat Islam.
Ketua Pengarah JAKIM,Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata hasil penyelidikan Islam adalah maklumat primer sesuatu isu,permasalahan dan penyelesaian yang menjadiasas penting dalam pembangunan dasar,garis panduan serta pandangan hukum berasaskan Maqasid Syariah.
"Bukan agresif membuta tuli,tetapi berdasarkan panduan prosedur yang ada untuk melaksanakan penyelidikan agar Islam ini juga tidak nampak rigid dan jumud,ia telah dibawa ke Jawatankuasa Muzakarah dan dibentang dalam Mesyuarat MKI dan telah dibentang dalam Mesyuarat Raja-Raja untuk mendapat perkenan daripada Duli Yang Maha Mulia Tuanku.
"... selanjutnya Jabatan Mufti negeri-negeri akan bersidang di peringkat Jawatankuasa Fatwa negeri untuk tujuan pewartaan bagi beberapa perkara yang perlukan kepada pewartaan untuk tujuan pelaksanaan,ada negeri sudah gazet fatwa untuk agama Ahmad,contohnya",katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Perasmian Konvensyen Penyelidikan Islam Peringkat Kebangsaan 2025 di Putrajaya.
Konvensyen itu mengetengahkan hasil-hasil kajian yang dijalankan oleh JAKIM bersama institusi pengajian tinggi dan agensi berkaitan dalam pelbagai bidang termasuk akidah,ibadah,muamalat,kekeluargaan,sains dan perubatan,halal dan ekonomi Islam.
Antara hasil penyelidikan yang dibentangkan ialah Kajian The Ahmadi Religion of Peace and Light oleh Dr Yusri Mohamad Ramli dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pembekuan Sel Sperma dan Ovum daripada Individu yang Belum Berkahwin Atas Sebab Perubatan Menurut Perspektif Islam oleh Encik Sulaiman Fitri Ramli dari Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Bertemakan ‘Penyelidikan Pemacu Transformasi Ummah MADANI’ ia menjadi wadah strategik dalam usaha membentuk masyarakat yang sejahtera,progresif dan berdaya tahan.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur