2025-11-06 HaiPress

Foto Bernama
CHERAS,5 November – Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin dapat menyumbang tambahan RM300 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) serta mewujudkan lebih 130,000 peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Menterinya,Chang Lih Kang,berkata sasaran itu mampu dicapai menerusi pelaksanaan dasar yang tepat serta kolaborasi strategik antara kerajaan,industri dan institusi pengajian tinggi.
“Malaysia bersedia menjadi bukan sekadar hab pembuatan,tetapi juga hab inovasi dan kepimpinan teknologi di rantau ini,” katanya ketika berucap pada program Tech Talks di Universiti UCSI,Cheras,hari ini.
Menurut beliau,dalam tempoh kurang sedekad,eksport semikonduktor negara meningkat daripada RM100 bilion kepada RM380 bilion peningkatan lebih tiga kali ganda.
Kini,sektor berkenaan menyumbang kira-kira suku daripada KDNK Malaysia dan membuka sekitar 100,000 peluang pekerjaan.
Komitmen kerajaan terhadap industri semikonduktor turut dilihat menerusi Belanjawan 2026 serta Strategi Semikonduktor Nasional,yang memperkenalkan pelbagai inisiatif termasuk penyediaan pinjaman RM500 juta bagi menyokong aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Selain itu,Program Bakat Rekaan Litar Bersepadu turut diperkenalkan bagi melatih 2,500 jurutera bertaraf dunia yang akan memacu gelombang inovasi di Malaysia.
Bagaimanapun,tegas Chang,kejayaan inisiatif ini memerlukan penglibatan semua pihak.
“Perjalanan ini tidak boleh digalas oleh kerajaan semata-mata. Kolaborasi antara kerajaan,kepakaran industri dan inovasi akademik amat penting bagi menjamin keberkesanan pelaksanaan,” ujarnya.
Beliau turut menggalakkan usaha sama,pembangunan bersama serta perkongsian kemudahan R&D bagi mempercepat inovasi dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan global.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur