2025-11-06 HaiPress

Foto Angkatan Pertahanan Awam Kota Setar
KUALA KEDAH,6 November - Beberapa kawasan di sekitar Kuala Kedah termasuk penempatan penduduk dinaiki air akibat kejadian air pasang besar yang berlaku sejak tengah malam tadi.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kota Setar,Kapten (PA) Abdul Haliq Rafiq Mokhtar menerusi kenyataan memaklumkan,air pasang yang berlaku hampir dua jam itu menyebabkan air laut mencecah setinggi 3.06 meter .
"Antara lokasi terbabit adalah di Terminal Feri Kuala Kedah,Taman Seri Putra Kuala Kedah,Pasar Kota Marina dan Pekan Kuala Kedah.
"Seramai enam anggotanya melakukan pemantauan di lokasi terbabit bermula sekitar 12.20 tengah malam air mula memasuki kediaman penduduk," menurut kenyataan itu.
Kejadian berlaku 12.50 malam seperti yang diramalkan dan air surut pukul 1.30 pagi dan ketika kejadian,tiada angin atau hujan berlaku.
Pemantauan selesai pukul 2.00 pagi selepas air surut sepenuhnya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur