2025-11-06 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,6 November - Usaha memperkasa bakat dalam bidang teknologi baharu muncul (emerging technologies) seperti kecerdasan buatan (AI) dan robotik,antara perkara dibincangkan pada mesyuarat Dewan Rakyat hari ini.
Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen,Datuk Larry Soon (PBM-Julau) bertanyakan mengenai langkah serta usaha bagi membolehkan bakat dalam bidang itu diperkasakan supaya mereka diiktiraf setaraf golongan profesional lain seperti jurutera dan doktor.
Beliau mengajukan soalan itu kepada Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri sejurus sidang Dewan Rakyat bermula pada 10 pagi.
Pada sesi sama,Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) bertanyakan Perdana Menteri berhubung strategi dan pelan tindakan kerajaan bagi menjadikan penganjuran Borneo Arts Festival (BAF) diiktiraf sebagai antara program kluster pelancongan Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA),serta pulangan ekonomi dan manfaat jangka panjang kepada komuniti setempat di Labuan.
Turut menarik perhatian,soalan Wan Hassan Mohd Ramli (PN-Dungun) kepada Menteri Komunikasi mengenai keberkesanan program seperti Sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang dalam meningkatkan semangat cinta negara dalam kalangan rakyat pelbagai kaum dan agama pada sesi soal jawab lisan.
Usai sesi soal jawab,mesyuarat Dewan Rakyat diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di peringkat jawatankuasa.
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari hingga 4 Disember ini.- BERNAMA
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur