2025-11-06 HaiPress

Gabenor Bank Negara Malaysia,Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour/ Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 November - Industri kewangan perlu mengamalkan prinsip kerjasama,kreativiti dan integriti dalam menghadapi cabaran baharu,serta memastikan ekosistem kewangan terus terpelihara.
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata,landskap digital dan kewangan yang semakin berkembang menuntut kecekapan dan kerjasama yang lebih kukuh dalam menentang ancaman.
Dalam usaha memerangi jenayah kewangan,perkongsian maklumat dan kepakaran amat penting.
Menerusi Pusat Tindak Balas Penipuan Nasional (NSRC) umpamanya,pusat itu memainkan peranan penting sebagai platform kerjasama strategik yang menghimpunkan agensi kerajaan,institusi kewangan dan industri komunikasi bagi memperkukuh tindakan bersama dalam menangani jenayah penipuan kewangan.
"NSRC kini beroperasi 24 jam sehari bagi menerima laporan,mengesan,membekukan dan memulihkan semula dana yang telah ditipu," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa ke-15 mengenai Jenayah Kewangan dan Pembiayaan Keganasan (IFCTF) di sini
Sehingga suku ketiga 2025,NSRC telah menerima 263,683 panggilan,serta berjaya merampas RM12.91 juta dan memulangkan RM1.99 juta dana yang dicuri kepada mangsa.
Datuk Seri Abdul Rasheed turut menekankan kepentingan kerjasama pelbagai pihak dalam menangani jenayah baharu yang beroperasi melalui media sosial dan saluran digital.
Dari aspek kreativiti,beliau menegaskan bahawa langkah dan infrastruktur antipengubahan wang haram perlu sentiasa dipertingkat dan disesuaikan dengan perkembangan teknologi bagi mengekang jenayah kewangan yang semakin kompleks.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur