2025-11-06 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,5 November - Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka kekal pada paras 2.75 peratus sehingga hujung tahun ini,disokong oleh pertumbuhan ekonomi negara yang masih mampan serta tekanan inflasi yang kekal terkawal.
Ketua Penyelidik Ekonomi TA Securities,Shazma Juliana Abu Bakar berpandangan keadaan semasa tidak memerlukan sebarang pelarasan kadar dasar berikutan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia yang terus stabil.
"Tiada keperluan untuk Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan OPR atau membuat sebarang perubahan ketika ini. Pertumbuhan ekonomi negara masih kukuh seperti yang ditunjukkan oleh data suku ketiga Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan penunjuk ekonomi lain.
“Tekanan inflasi juga masih pada tahap yang boleh diuruskan,iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Keadaan ini menunjukkan dasar monetari sedia ada masih sesuai dan berkesan,” katanya kepada RTM.
Jelas beliau,pengekalan kadar OPR pada paras semasa turut memberi kesan positif kepada sektor perumahan,khususnya dalam menggalakkan pembelian rumah.
Selain itu,rakyat juga boleh merancang perbelanjaan modal dan pembelian aset dengan lebih yakin.
Jawatankuasa Dasar Monetari BNM dijadualkan mengumumkan keputusan mengenai kadar OPR esok (Khamis).
Jawatankuasa itu sebelum ini mengumumkan penurunan OPR kepada 2.75 peratus pada Julai lalu selepas berada pada paras 3.00 peratus sejak Mei 2023.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur