2025-11-06 HaiPress

Foto hiasan
KUALA LUMPUR,5 November - Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Rabu menjelang pengumuman Kadar Dasar Semalaman (OPR) esok.
Menurut jangkaan pasaran,Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar OPR semasa.
Pada 6 petang,ringgit meningkat kepada 4.1890/1925 berbanding dolar AS 4.1950/1985 ketika ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata jangkaan bahawa BNM akan mengekalkan OPR esok dilihat menyokong pengukuhan ringgit hari ini.
“Selain itu,Indeks Pembuatan ISM Amerika Syarikat (AS) yang menurun kepada 48.7 mata pada Oktober daripada 49.1 mata pada September menunjukkan sentimen perniagaan masih lemah susulan kadar tarif import yang tinggi,sekali gus meningkatkan kos operasi dan menekan prestasi dolar AS,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan,ringgit turut ditutup tinggi berbanding kebanyakan mata wang utama.
Mata wang tempatan itu meningkat berbanding pound British kepada 5.4612/4658 daripada 5.4795/4841 ketika ditutup pada Selasa,mengukuh berbanding euro kepada 4.8106/8147 daripada 4.8238/8279,dan naik berbanding yen Jepun kepada 2.7254/7279 daripada 2.7331/7355 sebelumnya.
Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2055/2085 daripada 3.2131/2160 pada Selasa,dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8730/8893 daripada 12.8859/9026 sebelumnya.
Ringgit juga tinggi sedikit berbanding rupiah Indonesia kepada 250.5/250.9 daripada 251.0/251.4 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.12/7.13 daripada 7.16/7.18 sebelum ini.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur