2025-11-07 HaiPress

Foto fail
SEREMBAN,7 November -Polis memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di kawasan perumahan di Taman Nilai Perdana,Nilai,di sini,Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim dalam kenyataan berkata,pihaknya menerima laporan mengenai kehilangan remaja berusia 15 tahun itu pada 8.58 pagi,semalam.
"Remaja hilang itu dikenali sebagai Noor Arlyana Khairul Alief,berkulit sawo matang,berwajah tirus,mempunyai ketinggian 150 sentimeter dan bentuk badan yang kurus.
"Mereka yang mengenali dan terlihat remaja itu boleh menghubungi pegawai penyiasat kes Insp Raid Aiman Norzamri melalui talian 019-4440996 atau ke balai polis berdekatan atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai melalui talian 06-7904389 bagi membantu siasatan,” katanya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur