2025-11-07 HaiPress

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi,Datuk Dr. Anesee Ibrahim/RTM
PUTRAJAYA,7 November -Penganjuran kali kedua Festival Idea Putrajaya menyasarkan kehadiran dua juta pengunjung secara keseluruhan,merangkumi 500,000 pengunjung fizikal dan selebihnya secara maya dari seluruh dunia.
Bagi edisi kali ini,festival tersebut memberi tumpuan kepada pembudayaan cara berfikir,galakkan inovasi serta memperkukuh kolaborasi antara ahli akademik,industri dan komuniti.
Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi,Datuk Dr. Anesee Ibrahim berkata,ia selaras dengan aspirasi negara menuju kearah masyarakat berpengetahuan.
"Kita ada empat objektif utama. Pertama ialah untuk membudayakan cara berfikir,berinovasi dikalangan masyarakat,kedua ialah untuk membangunkan kolaborasi,kerjasama antara pihak akademia,industri dan juga komuniti.
"Ketiga adalah untuk kita tonjolkan apa yang kita panggil kebijaksanaan tempatan,bukan sahaja kepada masyarakat dalam negara tetapi juga kepada masyarakat di luar negara dan objektif keempat adalah untuk kita melakar masa depan negara yang berasaskan kepada pengetahuan ekonomi," katanya ketika menjadi tetamu dalam Program Selamat Pagi Malaysia TV1 yang bersiaran,di sini.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur