2025-11-07 HaiPress

Pengarah JPJ Pulau Pinang,Zulkifly Ismail bercakap dalam sidang media dalam Operasi Bas Pekerja,di sini
SEBERANG JAYA,7 November -Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menahan pemandu bas yang cuba meloloskan diri menerusi Operasi Bas Pekerja,awal pagi tadi.
Pengarah JPJ Pulau Pinang,Zulkifly Ismail berkata,pemandu tersebut tidak memiliki lesen memandu,tiada lesen vokasional serta kenderaan tidak dilindungi insurans dan cukai jalan.
Katanya hasil siasatan mendapati pemandu berusia 30an itu memiliki rekod 10 saman tertunggak.
"Apabila kenderaan ini ditahan pemandu cuba melarikan dirilah di mana anggota penguat kuasa telah mengejar kenderaan ini lebih kurang 10 minitlah,selepas disemak mendapati pemandu ni tiada lesen memandu tiada lesen vokasional lah dan kenderaan juga tiada dilindungi insurans dan juga tak ada cukai jalan. Apa yang dia dimaksudkan dia tadi maknanya arahan daripada tauke lah supaya tidak berhenti," katanya kepada pemberita,di sini.
Zulkifly menambah,dalam operasi hari ini,sebanyak 215 buah kenderaan telah diperiksa,dan tindakan telah diambil ke atas 26 buah bas pekerja dengan 81 notis saman dikeluarkan. Sebanyak 20 buah kenderaan turut disita.
Pemantauan statistik operasi JPJ sejak tahun lepas hingga tahun ini mendedahkan corak kesalahan yang berulang dan membimbangkan dalam kalangan pemandu bas pekerja.
Tiga kesalahan tertinggi yang dikesan tiada Lesen Vokasional,diikuti kesalahan tiada Lesen Memandu dan seterusnya tiada cukai jalan sah.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur