2025-11-07 HaiPress

Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,7 November -Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah,sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda yang ke-69,hari ini.
“Merafak Sembah dan setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan,Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.
“Mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta'ala semoga Paduka Seri Sultan dan Raja Permaisuri serta seluruh Kerabat Diraja dianugerahkan keafiatan,sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya,” kata Datuk Seri Anwar dalam cacatan di Facebook.
Perdana Menteri turut mendoakan semoga baginda kekal tenteram dalam memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dengan adil dan saksama.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur