2025-11-07 HaiPress

FOTO BERNAMA
SHANGHAI,7 November - Malaysia dan China memperkukuh kerjasama pelbagai bidang,terutamanya melibatkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sebagai sebahagian usaha berterusan,kedua-dua negara bersetuju menubuhkan ‘Malaysia–China Satellite Training Program’.
Penubuhan itu melibatkan 10 institusi TVET China dan tiga institusi Malaysia,antaranya Kolej TVET Belia Mahir,Kolej Kemahiran Pure Technic dan MCITVET.
“Program ini turut memperkenalkan konsep 'dual-campus learning',di mana pelajar menjalani teori di Malaysia dan latihan praktikal di China dalam bidang seperti kecerdasan buatan (AI) dan e-Dagang,” katanya.
Terdahulu,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid menghadiri Majlis Perasmian Forum Kerjasama Industri-TVET Antarabangsa Malaysia China ke-2 dan Pameran Pendidikan Vokasional Malaysia-China ke-4.
Ia merupakan anjuran bersama Malaysia-China Institute (MCI),Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (BELIA MAHIR) dan TANG International Education Group,China.
Mengulas lanjut,Timbalan Perdana Menteri berkata beliau turut merasmikan Institut Guangqi sebagai hab latihan bersama Malaysia–China yang menumpukan kepada bidang semikonduktor dan elektronik lanjutan.
Melalui institut berkenaan,seramai 500 peserta terdiri daripada pelajar,tenaga pengajar dan pekerja industri akan menjalani latihan bernilai RM10 juta selama satu hingga enam bulan.
“Pada majlis ini,saya juga menyambut baik pelaksanaan Program SIYUAN Skill Advancement and Employment Program (SAEP) yang akan melibatkan 2,500 belia Malaysia berkemahiran untuk mengikuti program train and place di China bernilai RM12.5 juta,” katanya.
Beliau berkata,latihan tersebut meliputi tiga sektor strategik iaitu rel transit,e-Dagang dan logistik,dan keselamatan siber,dengan tempoh antara satu hingga enam bulan.
Peserta turut berpeluang menjalani penempatan kerja bersama syarikat China yang beroperasi di Malaysia.
“Saya juga melancarkan Malaysia–China TVET Industry–Education Alliance (MC-IEA) yang akan memperkukuh kerjasama institusi dan industri dua negara melalui pendekatan ‘Train - Intern - Job Placement’ dengan Nilai co-funding.
“Peralatan latihan bawah inisiatif ini mencecah RM10 juta melibatkan 15 institusi TVET China,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan,Timbalan Perdana Menteri turut memaklumkan tahun depan Malaysia menyasarkan untuk melahirkan 2,000 tenaga kerja mahir yang diiktiraf dengan pensijilan profesional China.
“Semoga usaha dilakukan dapat memastikan inisiatif Malaysia-China dapat diteruskan dan memberi impak besar kepada pembangunan modal insan negara,” katanya.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur