2025-11-07 HaiPress

Foto fail/BERNAMA
SIK,7 November -Polis Kedah berada dalam keadaan siap siaga sepenuhnya daripada segi keanggotaan dan keperluan logistik bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana,khususnya banjir yang sering melanda negeri itu.
Timbalan Ketua Polis Kedah,Deputi Superintenden Baderulhisham Baharudin berkata,Kursus Pengendalian Bot Enjin Sangkut dan Teknik Menyelamat di Kawasan Perairan Semasa Situasi Bencana diadakan bagi meningkatkan tahap kemahiran,keyakinan dan kecekapan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam mengendalikan bot serta melaksanakan operasi menyelamat dengan lebih selamat dan efisien.
"Kursus selama tiga hari itu bertujuan memperkukuh keupayaan pasukan dalam menghadapi situasi kecemasan,khususnya melibatkan kawasan perairan dan banjir," katanya menerusi kenyataan di Facebook Polis Kedah.
Seramai 27 peserta terdiri daripada pegawai kanan dan pegawai rendah polis dari 11 daerah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah telah menyertai kursus ini,yang dikendalikan oleh tenaga pengajar berpengalaman dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Kedah.
Peserta turut didedahkan kepada pelbagai teknik penyelamatan yang menuntut ketenangan,tindakan pantas dan profesionalisme tinggi,khususnya ketika menghadapi situasi bencana sebenar.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur