2025-11-07 HaiPress

Foto RTM
SHANGHAI,7 November - Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,hari ini menunaikan solat Jumaat di Masjid Xiao Tao Yuan,di sini.
Beliau tiba di masjid berkenaan pada pukul 12 tengah hari,waktu tempatan.
Masjid itu terletak di daerah Huangpu,selatan Shanghai adalah antara masjid popular di China,juga yang terbesar di Shanghai dan disenaraikan sebagai bangunan warisan pada 1994.
Terdahulu,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menghadiri Majlis Perasmian Forum Kerjasama Industri Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Antarabangsa Malaysia China ke-2 dan Pameran Pendidikan Vokasional Malaysia-China ke-4.
Beliau dijadual akan berada di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC) bagi menghadiri Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Shanghai 2025.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid kini berada di China untuk lawatan kerja rasmi selama empat hari.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur