2025-11-07 HaiPress

Foto Facebook Onn Hafiz Ghazi
JOHOR BAHRU,7 November - Lebih 5000 Ketua Isi Rumah (KIR) miskin tegar berjaya disifarkan sepenuhnya April lalu,ia sekali gus menjaidkan kejayaan kerajaan negeri tersebut.
Menurut kenyataan Facebook rasmi Menteri Besar Johor,Datuk Onn Hafiz Ghazi,kini tumpuan beralih kepada kelompok miskin di mana terdapat 8249 KIR yang direkodkan pada 31 Oktober 2025.
Usaha tersebut bagi menjunjung titah Pemangku Sultan Johor,Tunku Mahkota Ismail agar tiada lagi rakyat Johor berstatus miskin.
Kerajaan Negeri dengan kerjasama agensi Persekutuan akan terus melaksanakan pendekatan holistik dan inklusif bagi menoktahkan kemiskinan di Johor.
Sebagai info,terdapat perbezaan antara dua kategori kemiskinan,bagi "Miskin Tegar"merujuk kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM317 per kapita.
Manakala,kategori “Miskin” melibatkan isi rumah dengan pendapatan kurang daripada RM735 per kapita.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur