2025-11-07 HaiPress

Bintang Inter Miami,Lionel Messi/REUTERS
BUENOS AIRES,7 November -Bintang Inter Miami,Lionel Messi dan Rodrigo De Paul,telah disenaraikan mewakili skuad Argentina bagi aksi persahabatan menentang Angola minggu depan.
Ketua jurulatih Argentina,Lionel Scaloni,menyenaraikan penyerang dan pemain tengah itu dalam senarai 24 pemain bagi perlawanan persahabatan itu pada 14 November.
Kedua-dua pemain sebelum ini turut beraksi untuk Argentina dalam dua perlawanan persahabatan pada Oktober,ketika musim MLS sedang berlangsung.
Messi bermain satu perlawanan,manakala De Paul tampil dalam kedua-dua perlawanan menentang Venezuela dan Puerto Rico.
Scaloni dilaporkan membuat keputusan berkenaan susulan jadual liga Argentina yang tidak berehat ketika jendela antarabangsa bulan November.
Ini bermakna beliau tidak akan memanggil mana-mana pemain daripada kelab Argentina.
“Kami telah berbincang dengan Scaloni bagi memastikan pemain daripada kelab Argentina yang sedang beraksi dalam perlawanan penentu Kejohanan Clausura tidak dipanggil,” kata Presiden Persekutuan Bola Sepak Argentina (AFA),Claudio Tapia,seperti dilaporkan ESPN pada Khamis.
Penjaga gol Emiliano “Dibu” Martinez,33,yang beraksi untuk Aston Villa dalam Liga Perdana Inggeris,tidak disenaraikan ke skuad kebangsaan bagi perlawanan kali ini.
Messi,pemenang Kasut Emas MLS dan calon utama MVP,turut disenaraikan dalam MLS Best XI musim ini.
Dengan 29 gol dan 19 bantuan jaringan,penyerang Inter Miami itu hanya kekurangan satu sumbangan jaringan untuk menyamai rekod liga yang dipegang oleh Carlos Vela pada 2019,serta berpeluang menjadi pemenang MVP dua tahun berturut-turut yang pertama dalam sejarah MLS. -REUTERS
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur