2025-11-07 HaiPress

Foto RTM
SHANGHAI,7 November - Usahawan Bumiputera tidak boleh lagi menjadi jaguh kampung,sebaliknya perlu lebih berdaya saing dan berani untuk meneroka pasaran antarabangsa.
Ke arah itu,Pengerusi MARA,Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menekankan kerjasama antara MARA dengan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) amat penting bagi memastikan usahawan MARA dapat menembusi pasaran luar negara.
Jelas beliau,agensi yang mempromosikan perdagangan antarabangsa seperti MATRADE memainkan peranan besar untuk penyediaan platform berterusan kepada usahawan bawah agensi berkenaan.
"Melalui program khusus Gate to Global ini,saya percaya ia akan membuahkan lebih banyak lagi hasil yang produktif dan berdaya saing di peringkat antarabangsa," jelas beliau ketika ditemui media pada Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) Shanghai 2025 di sini pada Khamis.
Menurut beliau,selain di peringkat Asia Tenggara,setakat ini terdapat usahawan bawah bimbinganMARA telah berjaya menembusi pasaran di lebih 20 negara termasuk Eropah,China,Jepun,Korea Selatan,Kazakhstan,India,Kanada dan Switzerland.
Dalam perkembangan berkaitan,Datuk Dr Asyraf Wajdi memaklumkan terdapat produk kesihatan berjaya memasuki pasaran China dan ia merupakan satu perkara positif memandangkan bukan mudah untuk merealisasikannya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur