2025-11-07 HaiPress

Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 1.0 peratus pada suku ketiga 2025/Foto arkib/BERNAMA
PUTRAJAYA,6 November – Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) Malaysia meningkat 1.0 peratus pada suku ketiga 2025,mengekalkan kadar pertumbuhan yang sama bagi dua suku tahun berturut-turut,menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata peningkatan tersebut disumbang terutamanya oleh indeks penginapan serta aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman yang naik 3.4 peratus.
Kenaikan itu didorong oleh aktiviti restoran dan makanan bergerak (4.0%) serta perkhidmatan minuman (3.0%).
Selain itu,beberapa indeks lain turut mencatat peningkatan,antaranya pendidikan (1.4%),kesihatan (0.7%),profesional (0.6%),pengangkutan dan aktiviti hartanah (masing-masing 0.5%).
Bagaimanapun,indeks kesenian,hiburan dan rekreasi hanya meningkat 0.4 peratus,jauh lebih rendah berbanding 4.5 peratus pada suku sebelumnya.
Sebaliknya,indeks maklumat dan komunikasi mencatatkan penurunan sederhana 0.1 peratus,dipengaruhi oleh aktiviti telekomunikasi tanpa wayar serta pengaturcaraan komputer dan perundingan.
Pada asas suku tahunan,IHPRP meningkat 0.1 peratus berbanding 0.3 peratus pada suku sebelumnya,dengan sumbangan utama daripada sektor makanan dan minuman,pengangkutan serta pendidikan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur