2025-11-07 HaiPress

Foto RTM
KUALA LUMPUR,7 November - Kadar Dasar Semalaman (OPR) diunjur kekal pada paras 2.75 peratus sepanjang tahun 2026,disokong prospek positif pertumbuhan ekonomi tahun hadapan serta tekanan inflasi yang menyederhana.
Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata,kenyataan terkini Jawatankuasa Dasar Monetari (MPR) adalah sejajar dengan unjuran firma itu selain menandakan bahawa OPR akan kekal stabil pada paras semasa tahun hadapan.
''Pernyataan Dasar Monetari BNM mengekalkan penilaian seimbang terhadap prospek ekonomi global,disebalik ketidaktentuan yang berpunca daripada isu tarif,yang kini semakin berkurangan susulan pemuktamadan kadar tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) serta rundingan perdagangan yang sedang berjalan.
''Di peringkat domestik,pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2025 yang diunjurkan berkembang 5.2 peratus serta langkah-langkah Belanjawan 2026 dijangka menyokong pertumbuhan tahun depan,didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh,'' kata Maybank IB dalam nota penyelidikannya.
Pada masa sama,Maybank IB turut menjangkakan peningkatan sederhana kadar inflasi pada 2.0 peratus tahun hadapan berbanding unjuran rasmi 1.0 peratus hingga 2.3 peratus.
Ini mencerminkan faktor kos yang masih terkawal hasil pembaharuan fiskal dan struktur yang bersasar serta pelarasan tertunda seperti semakan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dan tarif elektrik Tenaga Nasional Berhad.
BNM pada Khamis mengekalkan OPR pada paras 2.75 peratus selepas mengadakan mesyuarat akhir MPC bagi tahun ini.
Mesyuarat MPC seterusnya akan diadakan pada Januari 2026.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur