2025-11-10 HaiPress

Foto fail / BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 November -Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memberi jaminan bahawa bekalan makanan asas negara berada pada tahap stabil.
Menterinya,Datuk Seri Mohamad Sabu berkata,stok fizikal beras mencukupi bagi menampung keperluan hampir enam bulan.
Jelas beliau,kedudukan itu hasil pelaksanaan strategi penstabilan rantaian bekalan yang dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan keterjaminan makanan negara sentiasa terpelihara.
“Status stok fizikal beras negara sehingga 21 Oktober 2025 adalah sebanyak 1,190,308 tan metrik,termasuk 990,308 tan metrik stok dagangan dan 200,000 tan metrik stok penimbal beras negara. Jumlah ini mencukupi untuk menampung keperluan negara sekitar enam bulan.
Manakala,sehingga Oktober 2025,unjuran pengeluaran ayam adalah sebanyak 70.65 juta ekor di ladang,dan ia kekal stabil bagi menampung keperluan semasa negara,” katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sri Gading,Aminolhuda Hassan,pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Datuk Seri Mohamad turut menegaskan bahawa KPKM akan terus memantau semua komponen dalam rantaian makanan negara.
Ia meliputi pengeluaran,pengimportan dan simpanan bagi memastikan bekalan kekal mencukupi serta harga stabil di pasaran.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur