2025-11-10 HaiPress

Presiden Pertubuhan Suara Belia Md Yassir Arafat Kassim berkata kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media/RTM
KUALA LUMPUR,10 November - Penurunan had umur belia daripada 40 kepada 30 tahun yang akan dikuat kuasa pada tahun depan,wajar dikaji semula.
Presiden Pertubuhan Suara Belia Md Yassir Arafat Kassim berkata langkah itu bagi memastikan keseimbangan antara tenaga muda dengan kepimpinan berpengalaman dalam pertubuhan belia.
Beliau yang juga Exco Majlis Belia Wilayah Persekutuan memaklumkan,berdasarkan data semasa,sekitar 37 peratus kepimpinan belia dalam organisasi terdiri daripada mereka berusia 30 hingga 35 tahun,kumpulan yang disifatkannya aktif,berintegriti dan mempunyai pengalaman kepimpinan.
“Kita bukan tidak percaya dengan kepimpinan muda,tetapi perlu ada sistem bimbingan atau mentorship supaya tenaga muda dan pengalaman matang dapat digabungkan untuk membangunkan masyarakat dan negara,” kata beliau kepada pemberita selepas menjadi tetamu Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media di sini hari ini.
Tambah beliau,tindakan tergesa-gesa menurunkan had umur kepada 30 tahun tidak selari dengan amalan di beberapa negara lain yang masih mengekalkan kategori belia sehingga umur 35 tahun.
Md Yassir turut menekankan bahawa keputusan ini bukan sekadar soal angka,tetapi melibatkan masa depan kepimpinan negara.
“Kita perlu fikirkan bagaimana pemimpin muda ini dibentuk agar tidak hanya menjadi pengikut atau sekadar menurut arahan pihak tertentu. Mereka perlu dibimbing untuk menjadi pelapis negara,” ujarnya lagi.
Beliau berpandangan,isu had umur belia perlu dilihat dalam konteks keunikan Malaysia dan bukan semata-mata mengikut pendekatan negara lain.
Secara keseluruhannya,usaha membangunkan belia merupakan sebahagian daripada usaha membangunkan negara bukan meniru persepsi luar,tetapi berasaskan pemahaman terhadap realiti dan keperluan masyarakat.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur