2025-11-10 HaiPress

Foto fail / BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 November -Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) dilihat sebagai tunjang utama dalam memperkukuh daya saing sektor pelancongan ASEAN.
Menurut pensyarah Institute of Graduate Studies (IGS),Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM),Prof. Dr. Farha Abdol Ghapar,bidang itu melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berorientasikan kemahiran digital.
Jelas beliau,pendekatan TVET bukan sahaja menumpukan kemahiran teknikal,tetapi turut meliputi penguasaan komunikasi,pengurusan hospitaliti serta kemahiran mencipta pengalaman pelancongan interaktif.
“TVET memberi tumpuan kepada kemahiran praktikal. Dalam sektor pelancongan,kemahiran ini amat penting kerana ia melibatkan kehadiran fizikal dan interaksi terus dengan pelancong,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media.
Ujar beliau,sektor pelancongan ASEAN kini menyumbang 12.2 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) serantau.
Jumlah itu bersamaan hampir RM125 bilion pendapatan tahunan dan tenaga kerja berkemahiran TVET menjadi nadi kepada pertumbuhan itu.
Prof. Dr. Farha menambah,kemahiran TVET perlu diterapkan sejajar dengan keperluan industri moden termasuk pemasaran digital,pengurusan kandungan pelancongan dan teknologi hospitaliti pintar.
“Sektor pelancongan bukan hanya bergantung kepada destinasi,tetapi kepada cara kita mencipta pengalaman baharu yang menarik minat pelancong,” jelasnya.
Beliau turut menekankan kepentingan amalan kelestarian dan pengurusan mampan,supaya pertumbuhan pelancongan tidak mengorbankan alam sekitar dan budaya tempatan.
Dengan kelebihan sumber semula jadi,budaya pelbagai dan tenaga kerja terlatih melalui TVET,ASEAN diyakini mampu muncul sebagai hab pelancongan berkualiti tinggi dan berdaya saing di peringkat global.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur