2025-11-10 HaiPress

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga,Majlis Parlimen ke-15 Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen/BERNAMA
KUALA LUMPUR,10 November - Pembangunan e-sukan di negara ini perlu dilaksanakan secara seimbang,dengan mengambil kira potensi pencapaian atlet serta kebimbangan mengenai ketagihan gajet dalam kalangan remaja.
Menteri Belia dan Sukan,Hannah Yeoh berkata kerajaan memberi sokongan kepada atlet e-sukan elit yang mewakili negara melalui Majlis Sukan Negara dan agensi seperti IMPACT.
Namun,untuk peringkat sekolah,pendekatan yang lebih berhati-hati diambil bagi mengelakkan risiko penggunaan gajet secara berlebihan.
"Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil dasar sangat konservatif untuk mempromosikan di sekolah. Buat masa ini,ketagihan gajet serta penggunaan berlebihan dalam kalangan pelajar kekal menjadi kebimbangan. Justeru,kawalan dan bimbingan bermula dari rumah oleh ibu bapa amat diperlukan agar minat terhadap e-sukan dapat diurus secara seimbang.
Setakat ini,tiada promosi secara aktif dilaksanakan sama ada oleh KBS atau Kementerian Pendidikan (KPM) ke atas e-sukan di sekolah. Beberapa siri libat urus telah diadakan bersama KPM dan hasil kertas cadangan serta draf garis panduan pelaksanaan e-sukan di sekolah telah disediakan," beliau menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Jelebu,Datuk Seri Jalaluddin Alias dalam sesi pertanyaan-pertanyaan bagi jawab lisan di Dewan Rakyat.
Jelas beliau,KBS bersama KPM kini dalam proses memuktamadkan garis panduan pelaksanaan e-sukan di sekolah melalui siri libat urus melibatkan bahagian sukan,kokurikulum dan kesenian.
Garis panduan tersebut dijangka membantu memastikan program e-sukan di institusi pendidikan dapat dijalankan secara teratur tanpa menjejaskan kesejahteraan pelajar.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur