2025-11-10 HaiPress

Foto JBPM
BINTULU,10 November - Sebuah rumah panjang 20 pintu di Semanok,Jalan Pesisir Jepak-Kuala Tatau,di sini musnah dalam kebakaran pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian melibatkan Rumah James Talib itu pada pukul 11.41 pagi.
"Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau dan dibantu BBP Bintulu telah digerakkan ke lokasi.
"Pasukan terlibat mendapati sebuah rumah panjang dengan struktur tidak kekal telah terbakar sepenuhnya. Beberapa kenderaan turut terbakar," menurut kenyataan tersebut.
Kebakaran dapat dikawal pada pukul 12.26 tengah hari dan tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.
Punca kebakaran dan jumlah kerugian sedang disiasat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur