2025-11-10 HaiPress

Raja Muda Kedah,Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi kepada Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Dr Ahmad Maslan pada sesi kedua Majlis Istiadat Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-38 di Dewan Mu’adzam Shah hari ini/BERNAMA
SINTOK,10 November -Timbalan Menteri Kerja Raya,Datuk Seri Dr. Ahmad Maslan,hari ini menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Komunikasi,sekali gus membawa gelaran Dr. selepas menamatkan pengajian selama empat tahun di Universiti Utara Malaysia (UUM).
Penganugerahan itu disempurnakan oleh Raja Muda Kedah merangkap Pro-Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM),Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin,pada sesi kedua Majlis Konvokesyen Ke-38 universiti berkenaan.
Beliau menzahirkan rasa syukur dan gembira atas kejayaan menamatkan pengajian peringkat tertinggi itu,sambil menegaskan bahawa pembelajaran adalah usaha sepanjang hayat.
"Semoga sedikit perkara ini boleh dijadikan teladan bahawa mencari ilmu adalah satu usaha sepanjang hayat. Pendidikan adalah satu usaha sepanjang hayat. Umur saya 59 tahun kerana ada sedikit keazaman dan kegigihan maka kita boleh melaksanakannya dan berjaya," katanya kepada pemberita,di sini.
Ahli Parlimen Pontian itu memperoleh PhD setelah menyiapkan tesis bertajuk Strategi Komunikasi Kerajaan Malaysia: Satu Analisis Penentuan Agenda dan Pembingkaian Pelaksanaan Goods and Services Tax yang diselia oleh Prof. Madya Dr. Nik Adzrieman Abdul Rahman dan Dr. Suhaini Muda.
Beliau turut berterima kasih kepada keluarga termasuk isteri selain pensyarah serta penyelia dan rakan-rakan atas kejayaanya itu.
Datuk Seri Dr Ahmad Maslan antara 6,832 graduan keseluruhan yang menerima Ijazah masing-masing sempena Konvokesyen ke-38 UUM.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur