2025-11-10 HaiPress

Timbalan Menteri Perpaduan,Saraswathy Kandasami menjawab dalam sesi pertanyaan di Dewan Rakyat/RTM
KUALA LUMPUR,10 November - Pengambilan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi sesi akademik 2025/2026 menerusi permohonan sistem UPU Online menunjukkan kadar kejayaan yang tinggi,terutama lepasan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan 99.76%.
Lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula mencapai kadar kejayaan sebanyak 85.42%.
Manakala Matrikulasi sebanyak 99.43% dan bagi Asasi 84.45%.
Timbalan Menteri Perpaduan,Saraswathy Kandasami yang mewakili Kementerian Pendidikan Tinggi menjelaskan,pengambilan pelajar IPTA mengambil kira beberapa kriteria.
Antaranya kedudukan merit,memenuhi syarat am dan syarat khas yang ditetapkan,bilangan tempat yang disediakan serta lulus temu duga atau ujian bagi program pengajian yang ditetapkan.
"Kementerian sentiasa mengambil serius semua usaha dalam meningkatkan dan menyebar luas akses pendidikan tinggi. Dasar kemasukan pelajar ke IPTA dan Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (Mara BPT) tidak membenarkan melaksanakan tawaran di luar sistem.
"Ini bagi mengelakkan isu pitching antara IPTA dan Mara BPT termasuk agensi di bawah kawalan IPTA Private Wing serta menjaga kualiti dan integriti sistem penyampaian perkhidmatan Kementerian Pendidikan Tinggi dan isu berbangkit daripada perkara tersebut," beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakanAhli Parlimen Ipoh Timor,Lee Chuan How di Dewan Rakyat.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur