2025-11-10 HaiPress

Aduan berkaitan rasuah,salah guna kuasa / Foto SPRM
KUALA LUMPUR,10 November - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah melancarkan bilik gerakan bagi Piihan Raya Umum (PRU) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah ke-17.
Kesemua bilik gerakan yang beroperasi 24 jam bermula hari ini hingga 5 Disember,membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan rasuah serta salah guna kuasa.
Kenyataan SPRM memaklumkan bilik gerakan berkenaan,masing-masing Pejabat SPRM Kota Kinabalu,Pejabat SPRM Cawangan Sandakan,Pejabat SPRM Cawangan Tawau,Pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu dan Pejabat SPRM Cawangan Keningau.
Orang ramai juga boleh menyalur sebarang aduan menerusi e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..
Semua calon serta parti politik yang bertanding turut diingatkan tidak melakukan aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRU DUN Sabah ke-17,tarikh penamaan calon (15 November),manakala tarikh pengundian awal (25 November).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur