2025-11-10 HaiPress

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,8 November- Perkhidmatan Aerotren di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan menjalani kerja-kerja pemeriksaan dan pembaikan bermula dari 12.00 tengah malam sehingga 5.00 pagi setiap hari.
Sepanjang tempoh tersebut,perkhidmatan bas ulang-alik akan beroperasi sepenuhnya bagi memastikan penumpang terus menikmati pengalaman pemindahan yang lancar.
''Langkah ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan KLIA untuk mengekalkan ketersambungan lapangan terbang yang selamat,cekap dan selesa,'' menurut hantaran di media sosial KL International Airport.
Pada 31 Oktober lalu,Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memaklumkan mengenai pelaksanaan pelan tindakan komprehensif bagi menyelesaikan isukebolehpercayaan membabitkan sistem Aerotren di KLIA.
Perkhidmatan bas ulang-alik akan digunakansemasa waktu luar puncak bagi memudahkan kerja-kerja pemeriksaan tambahan dan pembetulan yang dirancang.
Sementara itu,dari 5.00 pagi hingga 11.00 malam,perkhidmatan bas ulang-alik akan beroperasi secara serentak dengan Aerotren bagi memastikan pergerakan penumpang tidak terjejas.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur