2025-11-10 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,8 November -Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu hadapan selepas disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang berterusan untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Minggu ini,bank pusat menjalankan operasi setiap hari melalui operasi tender repo berbalik,repo berbalik Islam dan tender semalaman Murabahah untuk mengurangkan lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.
Secara mingguan,lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional menokok kepada RM31.80 bilion berbanding RM31.10 bilion yang dicatatkan pada Jumaat sebelum ini,manakala lebihan kecairan dalam sistem Islam menurun kepada RM23.60 bilion daripada RM24.50 bilion.
Kadar semalaman Islam Malaysia (MYOR-I) berada pada 2.75 peratus setakat 7 Nov 2025. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur