2025-11-10 HaiPress

Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Mohamed Eskandar Shah Mohd Rasid ditemu bual pemberita/RTM
KUALA LUMPUR,8 November - Penggunaan sistem pembayaran Kod Respons Pantas (QR) dan pindahan tunai di peringkat serantau antara langkah penting ke arah memperkukuh integrasi ekonomi dan perdagangan intra-ASEAN.
Penganalisis Ekonomi,Profesor Madya Dr. Mohamed Eskandar Shah Mohd Rasid berkata inisiatif itu menjadi simbol kesediaan negara ASEAN untuk menerima prinsip bersama dalam memperkukuh kerjasama serantau.
"Apabila kita mempunyai sistem yang digunakan bersama,ia melambangkan kesediaan untuk duduk semeja dan membentuk kesepakatan dalam mempererat hubungan antara rakyat ASEAN.
Kita bermula dengan penggunaan kod QR serta penyelesaian mata wang sebagai asas yang mudah,sebelum dikembangkan kepada penyelesaian perdagangan. Dalam jangka panjang,tidak mustahil ASEAN dapat mewujudkan mata wang perdagangan bersama seperti yang diamalkan Kesatuan Eropah,” katanya kepada pemberita RTM.
Selasa lalu,Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan,Malaysia akan terus mendorong usaha memperluas kesambungan sistem pembayaran serantau sebagai pengerusi ASEAN 2025.
Sementara itu,Prof Madya Dr. Mohamed turut berpandangan,ASEAN wajar beri perhatian kepada tiga bidang utama lain khususnya keterjaminan makanan,keterjaminan tenaga,serta pembentukan pasaran bersama yang merangkumi sektor kewangan,perkhidmatan dan pelancongan.
Katanya,kerjasama dalam sektor-sektor ini akan memberi manfaat besar kepada ekonomi serantau,khususnya dalam mengurangkan kos eksport berikutan kedudukan geografi yang berdekatan.
"Apabila ASEAN mula memberi tumpuan kepada perdagangan antara sesama anggota,kuasa rundingan rantau ini dalam perjanjian antarabangsa juga akan menjadi lebih kukuh," jelasnya lagi.
Menurutnya,ASEAN juga perlu lebih agresif dalam membangunkan teknologi baharu,sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap kuasa besar seperti Amerika Syarikat,China dan Jepun.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur