2025-11-10 HaiPress

Ketua Ahli Ekonomi MARC Ratings Bhd,Dr Ray Choy ketika membentangkan kerja dalam persidangan Bon dan Sukuk Malaysia MARC 2025 secara maya/RTM
KUALA LUMPUR,8 November - Perbezaan kadar dana Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) dan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka terus berkurangan tahun hadapan,seterusnya menyokong peningkatan aliran masuk dana asing ke pasaran tempatan.
Ketua Ahli Ekonomi MARC Ratings Bhd,Dr Ray Choy berkata kemasukan bon asing menunjukkan sedikit pemulihan berdasarkan data terkini,sekali gus mencerminkan keyakinan berhati-hati pelabur.
''Trend positif ini turut dilihat dalam pasaran mata wang apabila ringgit muncul sebagai mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.
''Antara pemacu utama prestasi ringgit termasuk peningkatan permintaan luar,pertumbuhan domestik yang kukuh,inflasi yang terkawal serta pelaksanaan pembaharuan struktur,'' katanya pada pembentangan Persidangan Bon dan Sukuk Malaysia MARC 2025 secara maya.
Beliau turut menjangkakan terbitan sukuk dan bon yang lebih baik pada 2026,didorong oleh keadaan dasar monetari global yang lebih longgar dan hasil yang lebih rendah di pasaran tempatan.
Katanya,Fed dijangka melaksanakan tiga pusingan pemotongan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada 2026.
Manakala,Bank Negara Malaysia (BNM) diunjur membuat satu penurunan OPR sebanyak 25 mata asas tahun depan,seiring dengan kitaran pelonggaran monetari global.
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan turut diramal kukuh sekitar 4.3 peratus disokong oleh eksport barangan elektrik dan elektronik yang kukuh,pelaburan swasta yang meningkat,serta pembentukan modal tetap kasar yang kukuh.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur