2025-11-10 HaiPress

Ketua Penyelidik Ekonomi TA Securities,Shazma Juliana Abu Bakar ditemu bual pemberita di Angkasapuri,Kuala Lumpur/RTM
KUALA LUMPUR,9 November - Pemeteraian Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia-Amerika Syarikat (AS) berupaya menyokong sasaran dan objektif yang digariskan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Ketua Penyelidik Ekonomi TA Securities,Shazma Juliana Abu Bakar berkata,kesan sebenar daripada perjanjian tersebut dijangka dapat dilihat dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang,selari dengan fasa pelaksanaan RMK13 yang bermula pada tahun 2026 hingga 2030.
Perjanjian ART dijangka mampu mempercepat transformasi ekonomi negara ke arah status berpendapatan tinggi serta menyokong sasaran Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2030.
"Salah satu yang dapat kita lihat ialah kemasukan pelaburan asing,contohnya dari Amerika Syarikat,yang akan membawa pelaburan berasaskan teknologi tinggi.
''Untuk mencapai status negara maju,kita perlu memenuhi beberapa kriteria,antaranya dari segi teknologi. Apabila pelaburan ini mula masuk,kita akan dapat melihat transformasi Malaysia daripada keadaan sekarang ini kepada sebuah negara berstatus tinggi,” katanya kepada pemberita RTM.
Pada 26 Oktober lalu,Malaysia dan AS menandatangani Perjanjian ART sempena penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Pemeteraian tersebut membolehkan sehingga 1,711 produk Malaysia termasuk minyak sawit,getah dan koko serta beberapa komponen farmaseutikal dan peralatan aeroangkasa dieksport ke ASpada kadar tarif lebih rendah daripada 19 peratus.
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur