2025-11-10 HaiPress

FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,10 November - Ringgit terus mencatatkan prestasinya yang kukuh dengan dibuka tinggi dan mencecah paras 4.16 berbanding dolar AS pada Isnin disokong oleh minat belian berterusan terhadap mata wang tempatan itu.
Pada 8.09 pagi,ringgit meningkat kepada 4.1670/1830 berbanding dolar AS daripada 4.1735/1775 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Pada sesi penutup minggu lepas,mata wang tempatan mengukuh kepada paras tertinggi dalam tempoh lebih setahun,melepasi paras 4.1730/1790 yang dicatatkan pada 2 Oktober tahun lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit telah menunjukkan prestasi yang menggalakkan sejak minggu lepas,meningkat lebih tujuh peratus setakat ini dan merupakan mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di Asia.
“Pada masa yang sama,daya tahan ekonomi Malaysia akan bermakna Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin ingin mengekalkan paras semasa Kadar Dasar Semalaman (OPR),menunjukkan jurang dengan Kadar Dana Persekutuan akan terus berkurangan,berpotensi membawa kepada peningkatan ringgit.
“Oleh itu,data seperti Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2025 yang akan diumumkan pada Jumaat ini dijangka membantu mengekalkan kestabilan ringgit dalam tempoh terdekat,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu,Gabenor BNM Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour dalam satu temu bual bersama The Edge berkata landskap global telah berubah sepenuhnya berbanding dahulu.
Beliau berkata tahun ini,ringgit meningkat sebanyak enam peratus berbanding dolar AS dan turut lebih tinggi sebanyak 2.4 peratus berbanding mata wang rakan dagangan utama seperti dolar Singapura dan yuan China.
“Kini,apabila Malaysia berada di bawah sistem kadar pertukaran yang fleksibel,ringgit menyesuaikan dengan keadaan global dan domestik.
“Dalam beberapa tahun ini,faktor luaran telah memberi tekanan terhadap ringgit tetapi kita juga telah melihat usaha bersepadu kita untuk memberikan sokongan yang berterusan.
“Apa yang paling penting ialah mengekalkan asas ekonomi yang kukuh dan dasar yang baik supaya ringgit dapat mencerminkan kekuatan ekonomi dari semasa ke semasa,” katanya.
Pada sesi pembukaan,ringgit kebanyakannya tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia meningkat berbanding yen kepada 2.7108/7214 daripada 2.7192/7220 semasa ditutup pada Jumaat lepas dan naik berbanding euro kepada 4.8133/8319 daripada 4.8154/8200.
Bagaimanapun,ringgit rendah berbanding pound kepada 5.4759/4969 daripada 5.4660/4713 sebelum ini.
Mata wang tempatan mengukuh berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1995/2123 daripada 3.2015/2048 semasa ditutup pada Jumaat lepas,naik berbanding rupiah Indonesia kepada 249.6/250.7 daripada 250.0/250.4 dan mengukuh berbanding peso Filipina kepada 7.06/7.09 daripada 7.07/7.08 sebelum ini.
Ringgit turut meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8556/9145 daripada 12.8999/9174 semasa ditutup pada Jumaat lepas.- BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur