2025-11-10 HaiPress

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,10 November - Kadar pengangguran negara kekal pada paras 3.0 peratus bagi September 2025,dengan jumlah penganggur menurun kepada 518,600 orang.
Ketua Perangkawan,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,prestasi ekonomi yang memberangsangkan terus menyokong pengukuhan pasaran buruh,dengan peningkatan bilangan penduduk bekerja dan pengurangan pengangguran.
"Sejajar dengan itu tenaga buruh terus berkembang,dengan peningkatan 0.2 peratus kepada 17.54 juta orang. Sementara itu,kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) kekal pada 70.9 peratus,tidak berubah daripada bulan sebelumnya.” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau,bilangan penduduk bekerja terus berada dalam trend peningkatan dengan kenaikan 0.2 peratus,merekodkan 17.03 juta orang berbanding 16.99 juta orang pada bulan sebelumnya.
Dalam pecahan pekerjaan,kategori pekerja merangkumi 74.9 peratus daripada keseluruhan penduduk bekerja,meningkat 0.1 peratus kepada 12.74 juta orang berbanding 12.73 juta orang,pada bulan sebelumnya.
Menurut beliau,74.9 peratus daripada jumlah penduduk bekerja pada September 2025 terdiri daripada kategori pekerja dengan peningkatan marginal 0.1 peratus kepada 12.74 juta orang.
Dari segi sektor ekonomi,bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan terus mengekalkan momentum yang menggalakkan pada bulan tersebut,terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong dan runcit,penginapan serta makanan dan minuman serta maklumat dan komunikasi.
Pada masa sama,sektor pembuatan,pembinaan,pertanian serta perlombongan dan pengkuarian serta pertanian turut merekodkan pertumbuhan positif dalam guna tenaga.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur