2025-11-10 HaiPress

Foto fail/RTM
KUALA LUMPUR,10 November -Bursa Malaysia tinggi pada tengah hari ini dengan sokongan belian yang kukuh di kaunter saham wajaran tinggi.
Pada 12.30 tengah hari,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 10.11 mata kepada 1,629.24,naik 0.62 peratus daripada 1,619.13 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.40 mata kepada 1,621.53 serta bergerak antara 1,620.49 dan 1,633.52 sepanjang sesi dagangan pagi.
Pasaran secara menyeluruh positif dengan 480 kaunter untung berbanding 427 kaunter rugi manakala 528 kaunter tidak berubah,1,225 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan sebanyak 2.59 bilion unit bernilai RM1.09 bilion.
Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,pasaran secara keseluruhan lemah disebabkan tekanan berterusan terhadap saham teknologi dan ketidaktentuan mengenai penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan.
“Bagaimanapun,kami percaya sektor pengangkutan dan perladangan akan menarik minat belian berikutan pendapatan sektor tersebut secara keseluruhan kekal kukuh.
“Selain itu,kami berpendapat harga minyak sawit mentah yang tinggi pada suku tahun terkini dijangka menyumbang kepada potensi pendapatan yang kukuh bagi syarikat perladangan,” katanya dalam nota penyelidikan.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi,Maybank menambah enam sen kepada RM9.97,SD Guthrie naik 10 sen kepada RM5.50,CIMB meningkat enam sen kepada RM7.59,Tenaga Nasional menokok 10 sen kepada RM13.32 dan Axiata naik enam sen kepada RM2.66.
Dalam senarai paling aktif,MMAG meningkat 1.5 sen kepada 10 sen,Perak Transit naik dua sen kepada 31 sen,Zetrix AI menambah 0.5 sen kepada 85.5 sen manakala TWL dan EA Holdings,masing-masing mendatar pada 2.5 sen dan setengah sen.
Dalam kalangan kaunter paling untung,Fraser & Neave meningkat RM1.12 kepada RM28.72,Hong Leong Industries naik 20 sen kepada RM14.94,Hong Leong Bank menambah 24 sen kepada RM20.98 dan VSTech naik 17 sen kepada RM4.25.
Bagi kaunter paling rugi,Chin Teck Plantations merosot 32 sen kepada RM10.56,PIE Industrial berkurangan 17 sen kepada RM2.72 dan Oriental Holdings menurun 11 sen kepada RM6.71.
Di papan indeks,Indeks FBMT 100 naik 62.15 mata kepada 11,855.64 dan Indeks FBM Emas menambah 61.02 mata kepada 12,095.10.
Indeks FBM Emas Shariah meningkat 66.21 mata kepada 12,114.54,Indeks FBM ACE naik 21.15 mata kepada 5,071.88 dan Indeks FBM Mid 70 menambah 39.50 mata kepada 16,966.34.
Mengikut sektor,Indeks Perladangan naik 52.97 mata kepada 8,156.05,Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 112.78 mata kepada 18,450.03 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.39 mata kepada 168.79 manakala Indeks Tenaga merosot 1.74 mata kepada 764.72. - BERNAMA
Websea Umum Pembakaran Besar-Besaran 57 Juta WBS, Pasaran Menilai Semula Nilai Jangka Panjang Token Platform
J.P. Morgan 投資學院與 Morgan 機構知識通道:在新金融時代重建全球知識標準
Kepercayaan Dalam Ribut: Insurans Kontrak Mencetus Revolusi Pengurusan Risiko Web3
Genomik untuk Kesihatan Tumbuhan: Sumbangan Kumpulan BGI terhadap Kepelbagaian Tumbuhan dan Keselamatan Makanan
AIF(香港)投资学院宣布与合盈证券达成战略合作 携手推动亚洲专业投资教育升級,扩大OTC的交易深度和广度
Festival Tanglung Taiwan 2026 Menerangi Chiayi! “Light Up Chiayi: Super Style” Bergandingan dengan Super Mario, Lancarkan Tanglung Blok Soalan Edisi Terhad
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur