2025-11-10 HaiPress

Lim Hui Ying,Timbalan Menteri Kewangan
KUALA LUMPUR,10 November -Peningkatan penyertaan wanita dalam pasaran tenaga kerja dijangka menyumbang antara 7 hingga 12 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia.
Timbalan Menteri Kewangan,Lim Hui Ying berkata,penglibatan aktif golongan itu merupakan strategi penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi mampan bawah kerangka Ekonomi MADANI.
“Seperti yang digariskan dalam tujuh sasaran jangka sederhana Ekonomi MADANI,antara indikator prestasi utama ialah meningkatkan kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja kepada 60 peratus.
Kerajaan amat prihatin dan sentiasa menggalakkan wanita kembali ke bidang pekerjaan,khususnya dalam pasaran modal hari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program investED for Returning Women anjuran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) di sini,hari ini.
Lim menjelaskan,kerajaan sentiasa proaktif memperkukuh peranan wanita dalam pasaran kerja.
Antaranya,melalui pengecualian cukai pendapatan individu selama 12 bulan kepada wanita yang kembali bekerja,yang kini dilanjutkan hingga 31 Disember 2027.
Program investED for Returning Women bertujuan menyokong wanita kembali ke sektor pasaran modal selepas berehat daripada kerjaya.
Ia merangkumi latihan profesional,bimbingan (mentorship) serta penempatan industri,dengan keutamaan kepada wanita berumur bawah 50 tahun yang berpengalaman dalam pasaran modal atau syarikat tersenarai awam.
Setakat ini,lebih 600 permohonan diterima sejak program dibuka bulan lalu,mencerminkan minat tinggi dalam kalangan wanita untuk kembali ke dunia profesional secara lebih tersusun dan berstruktur.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur