2025-11-10 HaiPress

Foto Maybank
KUALA LUMPUR,10 November - Maybank memperkukuh komitmennya terhadap pembangunan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) dengan menyediakan pembiayaan dan pelaburan berjumlah RM15 bilion.
Daripada jumlah itu,RM10 bilion melibatkan pembiayaan yang telah diluluskan,manakala RM5.35 bilion lagi bakal direalisasikan dalam tempoh tiga hingga 10 tahun akan datang melalui minat pelaburan pelanggan menerusi Surat Hasrat (LOI).
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank,Datuk Seri Khairussaleh Ramli,berkata komitmen itu mencerminkan peranan Maybank dalam menyokong agenda pertumbuhan ekonomi serantau melalui pelaburan strategik dan penyelesaian kewangan yang menyeluruh.
"Pembiayaan dan pelaburan yang disediakan oleh Maybank merangkumi keseluruhan spektrum segmen pelanggan daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS),syarikat mid-cap hingga ke syarikat besar dan multinasional.
Kesemuanya memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan industri utama,termasuk pembuatan bernilai tinggi,ekonomi digital,keselamatan makanan,penjagaan kesihatan dan logistik." katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu,Maybank turut mengumumkan pembiayaan berjumlah kira-kira RM120 juta kepada lima syarikat tempatan berpusat di Johor,iaitu Cape EMS Berhad,Haily Construction Sdn Bhd,NES Packaging Sdn Bhd,MCH M&E Sdn Bhd dan TSH Manufacturing Solution Sdn Bhd.
Pada masa sama,bank itu turut melancarkan Pusat Perkhidmatan Generasi Baharu di Forest City,yang menjadi operasi ke-67 bank itu di Johor.
Pusat itu menampilkan konsep “masa depan perbankan” dengan gabungan perkhidmatan fizikal dan digital termasuk bilik maya,zon pengalaman digital serta ruang komuniti untuk interaksi pelanggan.
"Pusat Perkhidmatan Forest City terbaharu ini mengukuhkan komitmen Maybank terhadap JS-SEZ dan Forest City Special Financial Zone (FCSFZ),selain meneruskan inisiatif pendigitalan M25+ kami bagi mewujudkan ruang yang menggabungkan kecekapan,kemudahan dan hubungan insani dalam era kecerdasan buatan (AI),” katanya.
Sementara itu,dua penubuhan Single Family Offices (SFOs) turut berjaya ditubuhkan di FCSFZ,manakala 13 lagi sedang dalam perancangan.
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
SK Bukit Pantai terima blok baharu ganti bangunan rosak akibat anai-anai
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur