2025-11-13 HaiPress

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah,Datuk Rubiah Wang/RTM
KUALA LUMPUR,13 November - Seramai 7,378 usahawan di Kuala Lumpur dan Selangor telah menerima manfaat daripada pelbagai kemudahan disediakan Majlis Amanah Rakyat (MARA) sepanjang 2024 hingga 2025.
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata,kemudahan dianggarkan melebihi RM180 juta itu,disalurkan dalam bentuk pembiayaan,geran pembangunan perniagaan dan latihan keusahawanan.
“Inilah yang membolehkan usahawan berskala kecil dan sederhana,berupaya memasarkan jenama serta produk ke luar negara menerusi program Gate to Global MARA."
“Ini juga bukti bahawa MARA bukan sekadar agensi pembiayaan,tetapi pemangkin sebenar kepada pembentukan ekosistem keusahawanan Bumiputera yang mampan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugerah Usahawan MARA (AURA) Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor,di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) di sini,malam ini.
Sebanyak 24 usahawan dari Kuala Lumpur dan Selangor dinobatkan sebagai penerima AURA Peringkat Negeri,bagi 12 kategori yang dipertandingkan.
Antara kategori yang menjadi tumpuan termasuk Anugerah Usahawan Inspirasi Wanita,Anugerah Jenama Terbaik dan Anugerah Tokoh Usahawan MARA,selain kategori baharu Anugerah Khas Usahawan Wakaf MARA MADANI.
Kategori utama iaitu Anugerah Tokoh Usahawan MARA Negeri Selangor dimenangi Zuraiman Baharum dari syarikat perkhidmatan automotif Maxipura Sdn Bhd,manakala Anugerah Tokoh Usahawan MARA Kuala Lumpur dimenangi Sharizan Saad daripada perkhidmatan Nats Catering Sdn Bhd.
AURA merupakan pengiktirafan tertinggi atas kecemerlangan prestasi di bawah ekosistem MARA,dianjurkan secara dwitahunan berselang seli dengan penganjuran di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. -BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur